Sebelum ini Kerajaan telah mengumumkan bahawa permohonan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Citra akan dibuka pada 15 Julai 2021.
Tetapi pada hari ini, KWSP memaklumkan permohonan pengeluaran i-Citra diawalkan kepada 12 Julai 2021 iaitu 3 hari lebih awal dari tarikh yang diumumkan sebelum ini.
Jadi, permohonan i-Citra akan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.
Permohonan itu pula hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal i-Citra Online sahaja.
Permohonan Pengeluaran i-Citra akan dibuka pada 12 Julai 2021.
Baca selanjutnya di: https://t.co/1oCxCY7At2#kwspicitra #kwspahli #kwspinfo pic.twitter.com/vLbp1WiNl2
— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) July 11, 2021
KWSP memaklumkan, bayaran bagi permohonan i-Citra yang dibuat pada bulan Julai dijangka akan dibayar bermula dalam bulan Ogos 2021 nanti.
Jadi kepada pencarum KWSP yang mahu mengeluarkan wang simpanan mereka, bolehlah melayari laman portal https://icitra.kwsp.gov.my.
untuk info lanjut tentang i-Citra, sila layari laman https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra.
Sumber: KWSP