Menerusi Belanjawan 2021 yang diumumkan pada November tahun lalu, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan Bantuan Prihatin Rakyat bagi mereka yang layak.

Terbaru, permohonan baharu dan pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 telah dibuka bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).

Untuk membuat permohonan atau kemaskini, mereka yang layak adalah bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM5,000 ke bawah, individu bujang yang berumur 21 hingga 59 tahun dengan pendapatan bulanan RM2,500 ke bawah serta OKU berumur 18 hingga 59 tahun.

Sementara itu, bagi pemohon yang telah lulus BSH 2020 dan BPN 2.0, kemas kini perlu dilakukan untuk permohonan BPR 2021. Untuk pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah, permohonan baharu perlu dilakukan.

mohon BPR 2021

Nilai bantuan bagi isi rumah adalah sehingga RM1,800 mengikut kategori pendapatan bulanan. Bagi individu bujang, bantuan akan diberikan sebanyak RM350 secara one-off. Pembayaran BPR 2021 dijangka akan disalurkan melalui dua fasa iaitu Fasa 1 pada April/Mei 2021 dan Fasa 2 pada September/Oktober 2021.

Untuk membuat permohonan baharu atau pengemaskinian, ianya boleh dilakukan melalui portal https://bpr.hasil.gov.my/. Maklumat lanjut mengenai BPR 2021 boleh didapati melalui pautan ini.