Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan bahawa orang ramai yang ingin membuat permohonan vaksinasi awal hanya melalui Helpdesk di MySejahtera sahaja.
Untuk menggunakannya, anda hanya perlu buka aplikasi MySejahtera dan tekan pada Helpdesk. Kemudian klik Janji Temu Vaksinasi. Seterusnya, terdapat 7 pilihan yang boleh dibuat.
Seperti yang dilihat, hanya situasi tertentu sahaja yang boleh dilakukan. Ia sedikit sebanyak dapat membantu bagi yang masih belum menerima tarikh vaksinasi sehingga kini.
Selain itu, e-mel [email protected] juga secara tidak langsung akan ditutup. Dengan ini, anda tidak lagi perlu membanjiri e-mel tersebut.
Sumber: KKM
Baca juga – Mungkin Akan Ada Suntikan Dos Ke-3 Vaksin COVID 19 Pada Masa Hadapan
Baca juga – Aplikasi KitaJaga Permudahkan Orang Ramai Mencari Golongan Yang Memerlukan Bantuan
Baca juga – Jumlah Penduduk Dunia Yang Sudah Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Setakat Ini