Dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilanjutkan, nampaknya setiap keluarga di Malaysia akan terus kekal di rumah bersama.

Kemungkinan ia juga akan menimbulkan tekanan disebabkan PKP ini akan tetapi tidak perlu risau kerana permainan mudah alih “Island King” baru sahaja dilancarkan di Malaysia.

Permainan dengan animasi comel ini sesuai untuk dimainkan seisi keluarga kerana tidak memerlukan kemahiran yang tinggi untuk dimainkan bersama.

Sebenarnya, ia telah pun dilancarkan tahun lalu dan pernah disyorkan oleh Google dalam pemilihan rasminya selama empat kali berturut-turut.

Menerusi “Island King”, anda dapat membina pulau misteri, cerita yang menarik serta reka bentuk animasi yang comel dan aktiviti bermusim yang sesuai dimainkan antara ibu bapa dan anak-anak.

Oleh itu, anda boleh memuat turun permainan ini melalui Google Play Store dan App Store. Untuk maklumat lain atau ganjaran tambahan, anda boleh ikut Facebook Malaysia Island King.