Tahun lalu, dunia dikejutkan dengan fenomena permainan Among Us yang hadir pada platform komputer dan juga telefon pintar.
Malah, permainan tersebut juga menerima jumlah pemain yang amat tinggi dan diikuti penerimaan anugerah permainan mudah alih terbaik pada The Game Awards 2020.
🌟 AMONG US – COMING TO PLAYSTATION 🌟
get ready to welcome a whole new crew on board!!
✨ on PS4 and PS5 consoles later this year
✨ exclusive Ratchet & Clank skin, hat, and pet
✨ crossplay and online multiplayertell your friends but more importantly.. tell your enemies heh pic.twitter.com/E6BduFfNwU
— Among Us (@AmongUsGame) April 29, 2021
Susulan kejayaannya, Among Us kini diumum bakal tiba buat konsol PS4 dan juga PS5. Ini bermakna, permainan ini melengkapkan penawaran buat semua platform termasuk Nintendo Switch, Xbox Series X dan juga S.
Walau bagaimanapun, tarikh rasmi pelancarannya masih belum lagi diumumkan tetapi apa yang pasti ia akan tiba pada tahun ini.
Sumber: Among Us