Zoox, salah sebuah anak syarikat milik Amazon telah berkongsikan imej awal kenderaan elektrik pandu sendiri kepada umum.

Kenderaan elektrik yang direka dan dikilangkan di Amerika ini adalah sebuah teksi robot (robotaxi) yang mampu memecut sehingga 75 batu sejam di kedua-dua arah.

Menurut Amazon, kenderaan elektrik pandu sendiri sepenuhnya ini direka untuk persekitaran urban dan padat.

Dengan kemunculan kenderaan robotaxi Zoox ini menandakan Amazon sudah bersedia untuk turut memeriahkan industri e-hailing di A.S.

Revealing our functioning and driving vehicle is an exciting milestone in our company’s history and marks an important step on our journey towards deploying an autonomous ride-hailing service,” Aicha Evans, CEO Zoox.

Zoox L5 Fully Autonomous, All-electric Robotaxi

Menurut Zoox, robotaxi mereka sudah melepasi ujian pelanggaran mengikut Federal Motor Vehicle Safety Standards (FMVSS).

Dakwa Zoox, robotaxi mereka dilengkapi dengan lebih daripada 100 ciri keselamatan yang tiada pada kenderaan konvensional.

Antara teknologi yang ada pada kenderaan elektrik ini adalah seperti teknologi sistem beg udara semua arah, kamera dengan teknologi LIDAR, radar dan lain-lain.

Panjang keseluruhan kenderaan ini adalah 3.63 meters dan mampu membawa sehingga 4 orang penumpang pada satu-satu masa.

Ketika ini Zoox sudah mula melakukan ujian awal ke atas kenderaan tersebut di sekitar Las Vegas, San Francisco dan beberapa lokasi lain di A.S.

Sumber: Amazon, Zoox