Masalah yang menimpa pembekal perkhidmatan termasuk pihak bank sehingga menyebabkan beberapa fungsi tidak dapat digunakan bukanlah sesuatu perkara yang jarang kita dengari.
Ketika ini, perkhidmatan salah satu bank terbesar di Malaysia, Malayan Banking Berhad atau Maybank pula sedang mengalami masalah yang sama.
Terima kasih atas maklum balas yang diberikan. Harap maklum bahawa perkhidmatan IBFT, TAC (semua Telco), Reload & MEPS sedang mengalami gangguan buat masa ini. (1/2)
— Maybank (@MyMaybank) March 27, 2019
Menjawab keluhan pelanggannya di Twitter, @MyMaybank memaklumkan bahawa mereka sedang menghadapi masalah berkaitan IBFT(Instant) melalui Maybank2U, TAC(semua Telco), tambah nilai serta MEPS buat masa ini.
Harap maaf, kami tidak dapat mengesahkan perkara tersebut kerana unit berkenaan masih dalam proses untuk menyelesaikan isu ini secepat yang mungkin. Kami amat menghargai kesabaran dan kerjasama dari pihak anda. Terima kasih.
— Maybank (@MyMaybank) March 27, 2019
Sehubungan dengan itu, mereka berterima kasih atas segala kesabaran serta kerjasama yang diberikan oleh pelanggan dan berjanji akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
Sumber: @MyMaybank