KEMAS KINI: CIMB memaklumkan bahawa perkhidmatan dalam talian melibatkan CIMBClicks dan kad kredit mereka kini sudah kembali pulih.
CIMB mengesahkan melalui laman sosial mereka bahawa perkhidmatan kad kredit mereka mengalami masalah teknikal pada pagi ini, 2 September 2022.
Ini selepas pengguna mula mengadu di mana ada antara mereka mengatakan CIMBClicks tidak dapat dipautkan dengan kad kredit.
Banyak pengguna berkongsi kad kredit mereka ‘hilang’ dalam platform dalam talian CIMB itu.
Hai, kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Sila maklum bahawa kami sedang berusaha memperbaiki dan mengembalikan servis kad kredit kepada anda secepat mungkin. Kesabaran anda amat kami hargai. Terima kasih.
— CIMBMalaysia (@CIMBMalaysia) September 2, 2022
Mengikut susur masa, perkara ini sudah berlanjutan sejak sejam yang lalu.
Buat masa ini, bank ini tidak berkongsi jangkaan masa masalah ini akan selesai. Mereka meminta maaf dan berkata usaha memulihkan situasi tersebut sedang berjalan.
{suggest}
Sumber: CIMB