Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Perkhidmatan Kad Kredit CIMB Alami Isu Dengan CIMBClicks Pagi Ini

Posted on September 2, 2022September 2, 2022

KEMAS KINI: CIMB memaklumkan bahawa perkhidmatan dalam talian melibatkan CIMBClicks dan kad kredit mereka kini sudah kembali pulih.

CIMB mengesahkan melalui laman sosial mereka bahawa perkhidmatan kad kredit mereka mengalami masalah teknikal pada pagi ini, 2 September 2022.

Ini selepas pengguna mula mengadu di mana ada antara mereka mengatakan CIMBClicks tidak dapat dipautkan dengan kad kredit.

Banyak pengguna berkongsi kad kredit mereka ‘hilang’ dalam platform dalam talian CIMB itu.

Hai, kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Sila maklum bahawa kami sedang berusaha memperbaiki dan mengembalikan servis kad kredit kepada anda secepat mungkin. Kesabaran anda amat kami hargai. Terima kasih.

— CIMBMalaysia (@CIMBMalaysia) September 2, 2022

Mengikut susur masa, perkara ini sudah berlanjutan sejak sejam yang lalu.

Buat masa ini, bank ini tidak berkongsi jangkaan masa masalah ini akan selesai. Mereka meminta maaf dan berkata usaha memulihkan situasi tersebut sedang berjalan.

{suggest}

Sumber: CIMB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress