Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AirAsia teksi udara

Perjalanan Lebih Pantas, ‘Teksi Udara’ AirAsia Ride Dilancar

Posted on Februari 17, 2022

Kalau sudah bosan menaiki kenderaan di darat, ditambah lagi kesesakan lalu lintas, mungkin selepas ini anda boleh terbang sahaja.

Perkara ini bukan lagi satu fantasi kerana AirAsia akan menawarkan pengalaman e-hailing udara menerusi AirAsia Ride terbaharu mereka.

AirAsia merancang untuk menggunakan pesawat electric vertical take-off and landing (eVTOL) yang mana sebelum ini AirAsia Aviation Group Limited menandatangani kerjasama dengan syarikat penyediaan pesawat Ireland – Avolon dengan menyewa sekurang-kurangnya 100 unit pesawat elektrik kecil jenis eVTOL VX4.

eVTOL VX4. Foto: VerticalAero

AirAsia Ride di udara itu sudah pun dilancarkan semalam dan menurut Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Berhad, Tan Sri Tony Fernandes, perjalanan ‘teksi udara’ dari KLIA ke KL Sentral hanya mengambil masa 11 minit sahaja. Perkhidmatan ini juga ditawarkan secara ride sharing atau perkongsian penumpang.

Walau bagaimanapun, AirAsia belum mendedahkan bilakah ia akan mula beroperasi secara komersial tetapi dikatakan perkhidmatan tersebut dijadualkan tersedia bermula tahun 2025.

Sumber: astro awani

Baca juga:

  • Jom Naik Keretapi Dari Gemas Ke Kuala Lipis Secara Percuma Untuk Masa Terhad

  • Ukraine Dakwa Russia Lakukan Serangan Siber Ke Atas Mereka

  • Astro Beri 30 Hari Percuma Untuk Pek Terpilih Bagi Pelanggan Baharu

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress