Firma Israel yang membangunkan perisian intip yang dikenali sebagai ‘Pegasus’ didakwa menjadikan wartawan, ahli politik dan aktivitis-aktivis di seluruh dunia sebagai sasaran mereka.

Ia didedahkan menerusi laporan hasil siasatan yang dibuat secara kerjasama laman media antarabangsa seperti The Guardian dan The Washington Post.

Pegasus yang dibangunkan oleh NSO Group sebelum ini menyatakan bahawa  perisian intip mereka itu digunakan bagi menentang penjenayah dan pengganas.

Malah mereka juga menjual Pegasus kepada badan-badan kerajaan seperti agensi risikan, penguatkuasa undang-undang dan ketenteraan.

Perisian intip Pegasus didakwa mampu merakam audio dengan mengaktifkan mikrofon peranti pintar secara sembunyi, melihat mesej, mengambil gambar, mengakses e-mel dan merakam panggilan.

Antara yang dilaporkan menjadi sasaran Pegasus adalah aktivitis kemanusiaan di Azerbaijan, aktivis pelajar di India, aktivis wanita di Arab Saudi dan peguam di Mexico.

Sumber: The Guardian

Baca juga: Facebook Memfailkan Saman Terhadap Firma Israel Kerana Menggodam Pengguna WhatsApp

Syarikat Sekuriti Siber Israel Pasang Perisian Intip Pada WhatsApp

Microsoft, Google, Cisco, Dell Sertai Facebook Dakwa Syarikat Sekuriti Siber Dari Israel