Perisian hasad Joker kini dilaporkan kembali aktif menyerang pengguna peranti Android menerusi 24 aplikasi yang ditawarkan di dalam Google Play Store.
Berdasarkan kepada pendedahan yang dibuat oleh pihak Polis Belgium, terdapat sebanyak 8 aplikasi di Play Store telah dikesan mengandungi perisian hasad tersebut.
Polis Beligium menyatakan, Joker mampu mendaftarkan pengguna dengan servis langganan berbayar tanpa pengesahan penggunanya serta mengosongkan akaun bank tanpa disedari mangsanya.
Berikut adalah 8 aplikasi yang didedahkan oleh Polis Belgium yang mengandungi perisian hasad Joker:-
- Auxiliary Message
- Element Scanner
- Fast Magic SMS
- Free CamScanner
- Go Messages
- Super Message
- Super SMS
- Travel Wallpapers
Selain daripada 8 aplikasi tersebut, penyelidik keselamatan dari Zscaler turut mendedahkan penemuan sebanyak 16 lagi aplikasi yang didapati turut membawa perisian hasad joker.
- Private SMS
- Hummingbird PDF Converter – Photo to PDF
- Style Photo Collage
- Talent Photo Editor – Blur focus
- Paper Doc Scanner
- All Good PDF Scanner
- Care Message
- Part Message
- Blue Scanner
- Direct Messenger
- One Sentence Translator – Multifunctional Translator
- Mint Leaf Message-Your Private Message
- Unique Keyboard – Fancy Fonts & Free Emoticons
- Tangram App Lock
- Desire Translate
- Meticulous Scanner
Jadi sekiranya anda ada memasang aplikasi-aplikasi yang dinyatakan di atas ke dalam telefon pintar Android anda, adalah dinasihatkan supaya anda membuangnya dari peranti tersebut dengan kadar segera.
Sumber: Entrepreneur
Baca juga: Aplikasi Baru Ini Adalah Perisian Hasad Yang Merakam Aktiviti Skrin Peranti Android
Baca juga: Buang Segera 11 Aplikasi Android Ini Kerana Telah Dijangkiti Perisian Hasad Joker
Baca juga: Aplikasi Android Bakal Guna Format Baharu, Tiada Lagi APK
8 Aplikasi Android Ini Didapati Membawa Perisian Hasad Joker