Menurut pengumuman terbaharu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, negara kini sedang memasuki Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bakal berakhir 9 Jun ini.
Fasa PKPP terbaharu ini akan bermula dari 10 Jun sehinggalah tarikh 31 Ogos 2020. Sehubungan dengan itu, lebih banyak aktiviti sosial dan juga perniagaan dibuka lebih meluas.
Menarik mengenai pengumuman ini adalah aktiviti rentas negeri untuk semua dibenarkan bermula 10 Jun juga. Namun, untuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), anda masih tidak dibenarkan.
Rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun kecuali di kawasan #PKPD – PM @MuhyiddinYassin pic.twitter.com/dO0kW8M6LU
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 7, 2020
Menurut kenyataan Perdana Menteri, “Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan PKPD. Jadi bagi mereka yang ingin meziarahi ibu bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian,”.
Seperti sebelum ini, anda perlu menggunakan aplikasi Gerak Malaysia untuk memohon permohonan bagi melakukan aktiviti merentas negeri ini.