Garena hari ini mengumumkan peringkat suku akhir Free Fire MCP Majors musim kedua berlangsung bermula 28 Ogos ini sehingga 3 Oktober 2021.

Sebanyak 18 pasukan yang merangkumi Malaysia, Kemboja dan Filipina akan berentap dan merebut hadiah terkumpul sebanyak USD50,000 (~RM209,500).

Kesemua pasukan tersebut dibahagikan kepada tiga kumpulan dan akan bersaing dalam pusingan liga. Oleh yang demikian, jika anda berminat, perlawanan ini boleh ditonton menerusi saluran rasmi Free Fire Facebook dan YouTube pada esok (28 Ogos) jam 1 tengah hari.

Sumber: Siaran Akhbar Free Fire

Baca juga: