Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan #SayaDigital sebuah program anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bertujuan meningkatkan kefahaman rakyat terhadap dunia digital.
#LIVE Dengan ini rasmilah Gerakan #SayaDigital oleh YB KSU KKMM di PPR Hiliran Ampang. Maklumat lanjut tentang gerakan ini, layari https://t.co/BbemW1xekf#MyMDEC #MyDIGITAL #LonjakanDigital@kkmm_gov @ChairmanMdec @iSurinaShukri @DSMM64 pic.twitter.com/cNTixZvyFk
— Malaysia Digital Economy Corporation (@mymdec) April 12, 2021
Program #SayaDigital bertujuan meningkatkan kadar kefahaman digital terutama pada golongan muda, warga emas, b40, dan golongan rentan sosio ekonomi di seluruh negara Malaysia.
Selain itu, program ini juga bertujuan membantu Malaysian Digital Economy Blueprint (MyDIGITAL) mencipta peluang pekerjaan dalam ekonomi digital menjelang tahun 2030.
Disamping itu, pelbagai program seminar serta latihan akan diadakan untuk membantu rakyat menjana pendapatan melalui platform digital eRezeki. Ini termasuk latihan pemahaman digital, seminar perniagaan maya, dan banyak lagi.
Menurut ucapan Perdana Menteri secara maya semalam, pelbagai inisiatif bakal diumumkan sepanjang pelaksanaan tiga fasa sehingga tahun 2030, serta pelaburan kerjasama kerajaan dengan sektor swasta.
Sumber: mdec