Beberapa hari lepas, terdapat insiden yang mengejutkan dan menimbulkan kemarahan ramai apabila sebuah telefon pintar Yes terbakar.

Baca juga – Sebuah Telefon Pintar Didakwa Terbakar Secara Tiba-Tiba Ketika Sesi PdPR

Susulan daripada itu, pihak Xiaomi Malaysia tampil menghulurkan bantuan dengan menghadiahkan Redmi Note 10 5G kepada murid yang bernama Muhammad Shafie itu sebagai ganti.

Kata ibunya, beliau sangat berterima kasih atas keprihatinan oleh pihak Xiaomi walaupun beliau tidak meraih simpati untuk meminta bantuan.

Baca juga – 5 Telefon Android RAM 2GB Dengan Harga Bawah RM200 Yang Boleh Anda Beli Di Shopee

Kami berpendapat bahawa apa yang dikatakan ibunya, Puan Suryani Abd Ghani adalah benar kerana ia melibatkan nyawa serta keselamatan anak-anak kecil.

Secara ringkas mengenai Redmi Note 10 5G, ia adalah sebuah peranti yang cukup memuaskan dengan hadirnya cip MediaTek Dimensity 700, RAM dan storan sehingga 6GB+128GB, skrin 6.5 inci serta bateri 5000mAh.

Baca juga – Senarai 10 Peranti Bawah RM600 Yang Sesuai Untuk PdPR

Sumber: Puan Suryani Abd Ghani