Nokia yang berada di bawah naungan HMD Global memang dikenali ramai sebagai pengeluar telefon bimbit terkemuka sejak lebih sedekad lalu.
Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa mereka pernah berusaha untuk membangunkan peranti tablet dan jam pintar, namun hasrat itu terpaksa dibatalkan.
Menurut laporan akaun Twitter, @nokia_anew, syarikat berkenaan juga mempunyai perancangan untuk menembusi beberapa pasaran produk lain, akan tetapi produk tersebut tidak dinyatakan secara spesifik.
Interesting fact. In the development of HMD was a tablet, a smart watch and others. But it was cancelled. We think that the tablet market is really not promising, but the smart watch is interesting. What do you think?#facts #nokiamobile #smartwatch #tablets #nokia #hmd
— Nokia anew (@nokia_anew) January 17, 2019
Kesemua perancangan tersebut dikatakan terpaksa dibatalkan kerana HMD Global mahu memberi fokus penuh kepada pasaran telefon pintar yang sedang membangun pesat ketika ini.
Nokia sebelum ini pernah menyatakan hasrat mereka untuk lebih menfokuskan kepada penghasilan telefon pintar berkuasa tinggi di masa akan datang bagi bersaing dengan pengeluar-pengeluar lain.
Walaubagaimanapun, ramai peminat Nokia di media sosial didakwa berharap agar Nokia kembali berusaha untuk menghasilkan barisan produk lain terutamanya jam pintar selepas ini.
Sumber: NokiaMob