Dipisahkan dari Xiaomi pada awal Januari yang lalu, Redmi telah tampil memperkenalkan Redmi Note 7 ke pasaran telefon pintar.
Dalam masa yang sama juga, terdapat ura-ura sebuah lagi peranti bakal muncul dengan kelengkapan lebih berkuasa iaitu Snapdragon 855.
Ia disasarkan pelancarannya pada tahun ini sepertimana yang dikongsikan oleh CEO Redmi, Lu Weibing pada laman Weibo.
Antara yang dibincangkan adalah berkenaan dua telefon pintar baru, Redmi Note 7 Pro dan sebuah lagi model flahship.
Tidak banyak maklumat yang didedahkan dan untuk itu, sama-sama kita nantikan penawaran menarik yang bakal ditampilkan sub-jenama tersebut.
Sumber: Weibo