realme sebelum ini telah mengesahkan bahawa peranti mereka yang seterusnya adalah realme Koi. Terbaru, realme mencipta sebuah akaun Weibo untuk mengacah peranti tersebut.

Pada masa yang sama, seorang pengguna Weibo juga mendedahkan beberapa maklumat lain berkaitan peranti ini. Pada bahagian belakang, terpapar besar slogan “Dare To Leap”.

Di belakang juga terbina tiga kamera dengan kamera utama 64MP. Selain itu, cip pemproses yang akan digunakan adalah cip terbaharu Snapdragon 888.

Warna gradient pada peranti ini kelihatan seperti ikan Koi iaitu oren keemasan. Sementara terdapat juga kemasan kulit pada bahagian belakang yang mungkin pilihan warna atau edisi khas.

Tambahan lagi, dikatakan realme Koi akan menyokong pengecasan pantas 125W UltraDart. Dengan bateri yang dimuatkan sebesar 4000mAh, ia mampu mengecas peranti ini dari 0% hingga 41% dalam masa 5 minit dan cas penuh dalam masa sekitar 20 minit.

Pada masa yang sama, @Geek_Cao turut memberikan petunjuk peranti realme yang lain – realme V15 dimana ia dijana cip MediaTek Dimensity 800U 5G.

V15 pula adalah peranti seberat 176g yang menyokong pengecasan pantas 50W. realme Koi dijangka akan dilancarkan Januari ini dengan harga tidak lebih 5000 yuan (~RM3000).

Sumber: weibo via