Tahun lepas kita telah disajikan dengan pelbagai laporan mengenai peranti skrin boleh lipat yang menampilkan dua panel paparan.
Tolak tepi peranti-peranti lain kerana Xiaomi dikatakan bakal hadir dengan peranti boleh lipat yang mempunyai tiga panel skrin.
Evan Blass, blogger terkenal dengan informasi bocoran mengenai telefon mudah alih telah memuat naik video memperlihatkan sebuah peranti dengan skrin boleh lipat, bukan dua tetapi dilipat dikiri dan kanan.
Can’t speak to the authenticity of this video or device, but it’s allegedly made by Xiaomi, I’m told. Hot new phone, or gadget porn deepfake? pic.twitter.com/qwFogWiE2F
— Evan Blass (@evleaks) January 3, 2019
Didalam tweetnya, @evleaks mendakwa ia adalah telefon pintar yang dibangunkan oleh Xiaomi. Informasi mengenai peranti ini masih samar-samar lagi. Adakah anda merasakan ia telefon pintar baru yang akan menjengah ke pasaran atau sekadar rekaan semata-mata? Kongsikan pendapat diruangan komen.
Sumber: @evleaks