Ketika beberapa pengeluar lain telah pun memperkenalkan peranti boleh lipat mereka secara rasmi, Xiaomi dilihat masih lagi belum bersedia melakukannya.
Namun peranti berkenaan telah muncul dalam satu video acah sebelum ini. Baru-baru ini, ia sekali lagi telah dipamerkan dalam satu video acah pendek yang dimuatnaik oleh akaun Twitter @xiaomishka.
#xiaomi
Xiaomi Mi Fold with double folding screen. pic.twitter.com/vvYaf6rLOL— Xiaomishka (@xiaomishka) March 27, 2019
Video tersebut telah menampilkan bagaimana gaya lipatan bagi peranti berkenaan serta fungsi gesture yang digunapakai.
Xiaomi dilaporkan akan melancarkan peranti boleh lipat mereka pada suku kedua tahun ini(April-Jun) dan ia bakal dijual pada nilai separuh daripada harga jualan Samsung Galaxy Fold.
Sumber: @xiaomishka via GSMArena