Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei mate x3 malaysia

Peranti Boleh Lipat Samsung ‘Tak Boleh Cari Makan’ Di China

Posted on Ogos 22, 2023Ogos 22, 2023

Huawei berjaya menjadi jenama nombor satu dalam segmen telefon boleh lipat di pasaran China untuk pertengahan pertama 2023 ini. Selain itu, Huawei juga menguasai lebih 50% pegangan dalam pasaran tersebut.

Sebelum ini pada suku pertama 2023, pegangan Huawei dalam pasaran tersebut berada di paras terendah, 27% sahaja.

Walau bagaimanapun, sumber laporan ini tidak mendedahkan faktor-faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian Huawei ini.

{suggest}

Tetapi, ia adalah satu kejayaan yang besar kerana Huawei perlu bersaing dengan peranti boleh lipat daripada vivo, HONOR, OPPO dan Xiaomi dalam pasaran China.

Huawei juga dilaporkan bakal membangunkan peranti boleh lipat Mate X3 versi berkebolehan 5G mereka sendiri untuk pasaran global.

Untuk pengetahuan anda, selepas Huawei, OPPO berada di kedudukan ke 2, diikuti oleh Samsung, vivo, HONOR, Xiaomi dan akhirnya sekali adalah Motorola.

Di samping itu, Huawei mencatatkan pertumbuhan tahun-ke-tahun sebanyak 72% bagi industri telefon boleh lipat mereka.

Beli Peranti Huawei di Shopee: https://invl.io/cljmmhx

Beli Peranti Huawei di Lazada: https://invol.co/cljmmi4

Sumber: Mydriver

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress