Seperti yang diketahui, fungsi “autofill” telah pun wujud di pelayar internet dimana ia memudahkan pengguna untuk mengisi borang dan sebagainya.

Akan tetapi, pernahkah anda terfikir, anda hanya perlu duduk dan pandang sahaja borang tersebut. Kemudian, ia akan diisi secara automatik.

Perkara inilah yang Apple cuba bawakan. Berdasarkan paten yang diijumpai, Apple sedang mengkaji untuk kebarangkalian teknologi mengisi borang dengan hanya pandangan mata.

Secara tradisional, kita perlu menggerakkan cursor atau tekan tab di pelayar sebelum pilihan automatik (autofill) keluar. Namun, teknologi yang sedang dikaji, pengguna hanya perlu memandang kotak-kotak kosong yang ada pada borang tersebut.

autofill di Chrome

Tambahan lagi, paten yang dibuat Apple ini juga mungkin akan berguna terutama pada peranti VR atau AR. Buat pengetahuan, banyak syarikat kini serius dengan pembangunan AR atau VR ini seperti Facebook, Google serta Samsung.

Sumber: Apple Insider

Baca juga artikel berkaitan: