Menjelang acara WWDC yang akan berlangsung beberapa hari lagi, Apple kini telah mengeluarkan statistik peralihan iOS 16 dan iPadOS 16.
{suggest}
Setakat 30 Mei 2023, sejumlah 81% pengguna aktif iPhone telah menaik taraf peranti ke iOS 16. Sementara itu, 13% iPhone masih menjalankan iOS 15, manakala 6% menggunakan iOS yang lebih lama.
Untuk rekod, iOS 16 dilancarkan pada September tahun lalu dan tersedia untuk iPhone 8 serta yang lebih baharu. Daripada statistik ini, ia memperlihatkan 10% iPhone yang menyokong iOS 16 masih menggunakan iOS 15 dan lebih terdahulu.
Selain iOS 16, Apple turut mendedahkan 71% peranti menjalankan iPadOS 16, sementara 20% masih menggunakan iPadOS 15 dan 9% dengan iOS yang lebih lama.
Sumber: App Store Developer