Sebagai rakan rasmi telefon pintar untuk pertandingan EURO 2020 yang sedang berlangsung, vivo Malaysia mengadakan pelbagai peraduan di seluruh negara.

Peraduan “My Football Dream” merupakan peraduan kedua dibawah kempen vivo Dream Field yang dilancarkan awal bulan lalu.

Menerusi peraduan yang rasmi dilancarkan pada 21 Jun hingga 11 Julai ini, pelanggan berpeluang memenangi hadiah misteri melalui penyertaan.

Berikut adalah langkah-langkah untuk sertai peraduan ini:

  • Beli siri telefon pintar vivo X60 dan V21 di kedai vivo terpilih atau kedai rasmi yang sah semasa tempoh peraduan.
  • Imbas kod QR yang disediakan dan lengkapkan borang.
  • Like dan kongsi kiriman “My Football Dream” di Facebook vivo Malaysia. Tambah hashtag #vivoDreamFieldMY_(YourState). Eg: #vivoDreamFieldMY_Selangor.

Seramai 13 pemenang bertuah disetiap negeri untuk menerima hadiah misteri dari vivo Malaysia akan diumumkan pada 15 Julai 2021.

Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat terperinci mengenai peraduan ini, boleh layari laman web rasmi vivo Malaysia atau ikuti pautan ini.

Sumber: siaran akhbar vivo

Baca juga – Sertai Peraduan Ini Kalau Mahu Menang VIVO X60 Dan Vivo V21

Baca juga – Saksikan UEFA EURO 2020 Dengan 4K HDR Dan Dolby Atmos Di Astro