Umum sudah mengetahui penggunaan Google Chrome antara salah satu faktor penyumbang kepada masalah penggunaan sistem memori cakera yang tinggi sehingga mencapai 100%.
Terbaru, satu pepijat dikatakan telah menyerang pelayar web popular itu dan menyebabkan sistem cakera beroperasi pada tahap 100% serta merta.
Tech support scammers are back at it. New Chrome browlock: 100% CPU, can’t close tab or browser via UI (reported here: https://t.co/5qIdqoqtWA) #TechSupportScams pic.twitter.com/d7vIpUhGiY
— Jérôme Segura (@jeromesegura) December 21, 2018
Pepijat yang dikelaskan sebagai tech support scam itu menggunakan JavaScript untuk mencipta proses yang berulang (loop), membuatkan pelayar menggunakan semua sistem memori dan berhenti dari beroperasi seperti normal.
Pepijat itu akan membawa pengguna ke halaman “support.Windows.com” yang memaparkan mesej “Internet Security Alert! Code: 055BCCAC9FEC“. Kononnya komputer sudah dijangkiti virus yang boleh mencuri data-data penting dan menyarankan pengguna supaya menghubungi nombor tertera untuk khidmat bantuan.
Apabila cuba dipadam, ia akan terus menerus membawa pengguna kepada halaman dan paparan tersebut.
Sekiranya anda mengalami isu ini, hentikan proses GoogleChrome.exe di Task Manager dan apabila membuka semula pelayar, hindari dari klik butang “Restore”.
Sumber: @jeromesegura via Bleeping Computer