Pandemik COVID-19 memberikan kesan yang amat besar terutama sektor ekonomi dunia. Dalam arena teknologi, masalah kekurang bekalan cip sehingga kini masih berlarutan.

Baru-baru ini, sekumpulan penyeludup ditahan Kastam Hong Kong yang mana mereka membuat percubaan menyeludup CPU berprestasi tinggi yang ditampal sekeliling di bahagian kaki.

Cubaan penyeludupan kedua pula yang dipercayai kumpulan yang sama, sejumlah pemproses Intel di simpan pada tempat duduk hadapan kenderaan.

Berbalik pada situasi pertama, Jabatan Kastam Hong Kong menahan kereta yang terdapat dua individu di Hong Kong Zhuhai Macao Bridge pada 16 Jun 2021.

Mereka mendapati terdapat 256 cip yang dililit pada kaki mereka. Ini termasuk pemproses Intel Core i7-10700 dan Intel Core i9-10900K.

Situasi kedua, ia masih baru lagi berlaku. Terdapat lebih 2200 CPU, lebih 1000 RAM, 630 telefon pintar dan beberap koleksi barangan kosmetik dirampas di lokasi Lok Ma Chau Control Point. Dipercayai, kesemua hasil rampasan yang dibuat ini bernilai hampir US$4 juta (~RM16 juta).

Lanjutan daripada itu, kesemua mereka bakal dijatuhi hukuman dengan maksimum US$2 juta (~RM8 juta) dan penjara 7 tahun.

Dengan harga komponen komputer yang melambung tinggi dan stok sangat terhad, Kastam Hong Kong percaya perkara sebegini akan berlaku lagi pada masa hadapan.

Bahkan, Dell turut berpendapat kekurangan bekalan cip dunia akan terus berlanjutan dan memberi kesan terhadap stok CPU, GPU dan banyak lagi untuk satu tempoh yang lama.

Sumber: pcgamer, windows central

Baca juga – ‘Gamers’ Memilih Cip Intel Berbanding AMD – STEAM

Baca juga – Prestasi Snapdragon 895 Didakwa Masih Belum Kalahkan Apple A14 Bionic

Baca juga – Ini Senarai Cip Pemprosesan Intel Dan AMD Yang Menyokong Sistem Operasi Windows 11