Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Penyelidik Mendakwa Berjaya Menghasilkan Bahan Yang Tidak Boleh Dipotong

Posted on Ogos 23, 2020Ogos 24, 2020

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Durham dan Institut Fraunhofer mendakwa mereka telah berjaya menghasilkan material sintetik pertama di dunia yang tidak boleh dipotong sama sekali.

Material tersebut yang dikenali sebagai Proteus dikatakan sangat kukuh sehinggakan tiada sebarang peralatan mampu memotongnya.

Penyelidik memaklumkan, penghasilan Proteus adalah diinspirasikan daripada cengkerang siput laut.

Penyelidik menjelaskan, Proteus adalah gabungan daripada sfera seramik yang hanya 15% keras dari keluli.

Seramik itu disatukan pula dengan bahan fleksibel yang diperbuat dari partikel keras.

“Essentially cutting our material is like cutting through a jelly filled with nuggets. If you get through the jelly you hit the nuggets and the material will vibrate in such a way that it destroys the cutting disc or drill bit.” Stefan Szyniszewski, Penolong Profesor Mekanikal Gunaan di Jabatan Kejuruteraan Universiti Durham.

Imej imbasan CT di atas menunjukkan kesan potongan yang berlaku pada Proteus yang diselaputi oleh sfera seramik. Kredit: New Atlas

Proteus bukan sahaja mampu menahan mesin pemotong terkeras yang wujud ketika ini. Tetapi juga dikatakan mampu menahan mesin pemotong yang menggunakan pancutan jet air.

Penyelidik memberitahu, Proteus berpotensi diaplikasikan untuk pelbagai tujuan, khususnya dalam industri keselamatan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress