Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Penyedia Perkhidmatan Internet ConnectMe Bakal Diperkenal Mac Ini

Posted on Januari 4, 2018Januari 4, 2018

Nampaknya penyedia perkhidmatan jalur lebar seperti TM, Maxis dan lain-lain bakal menerima seteru yang baru bagi kalendar 2018 ini.

Syarikat yang dimaksudkan adalah ConnectMe, penyedia perkhidmatan internet yang menawarkan sambungan internet melalui pancaran isyarat daripada satelit dan ia dilihat mirip seperti Astro.

Melihat kepada pengguna sambungan intenernet menerusi satelit ini, kita boleh menjangkakan gangguan sambungan diwaktu hujan dan ia telah pun dinyatakan pada ruang soal jawab syarikat itu.

Berikut adalah pakej-pakej yang ditawarkan ConnectMe untuk bakal pengguna Malaysia.

Pelancaran ConnectMe dijadualkan berlangsung pada 8 Mac hadapan dan dengan kehadiran perkhidmatan ini, ia mampu ditawarkan ke segenap penjuru tanah air kerana sambungan internet adalah menggunakan teknologi pancaran satelit.

Untuk keterangan lanjut anda boleh layari laman ConnectMe.

Sumber: Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress