Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aduan MCMC 24 jam

Penyedia Perkhidmatan Internet Akan Berdepan Tindakan Dari MCMC

Posted on Jun 20, 2022Jun 20, 2022

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menegaskan bahawa mereka akan mengambil tindakan terhadap penyedia perkhidmatan internet yang gagal memberikan servis berkualiti kepada pelanggannya.

Penyedia perkhidmatan akan berdepan hukuman mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika mereka gagal memberikan perkhidmatan seperti yang dijanjikan.

MCMC juga memaklumkan mereka akan melaksanakan audit perkhidmatan jaringan sistem internet di semua kawasan di setiap negeri seperti yang diarahkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

Sebelum ini telah dilaporkan tentang gesaan Menteri Komunikasi dan Multimedia supaya MCMC perlu bertindak tegas terhadap syarikat telekomunikasi bagi memperbaiki mutu penyampaian perkhidmatannya kepada pelanggan mereka.

Malah Menteri juga meminta MCMC menggunakan pendekatan baharu dalam menyelesaikan masalah pengguna berhubung capaian dan prestasi syarikat telekomunikasi, bukan sekadar ambil laporan dari penyedia perkhidmatan semata-mata.

Sumber: BERNAMA

Baca juga:

  • Kementerian Pengangkutan Temui Punca Tambang E-Hailing Meningkat
  • JPJ Dan PDRM Mula Bertindak Ke Atas E-Skuter Yang Digunakan Di Atas Jalan Raya
  • Menteri Gesa MCMC Bertindak Tegas Terhadap Syarikat Telekomunikasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress