Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Penulen Udara Coway Storm II Berupaya Singkir Habuk Ultra Halus

Posted on Ogos 3, 2023

Dalam usaha memberikan kualiti kesihatan yang lebih baik kepada para pelanggannya, Coway telah melancarkan mesin penulen udara generasi baharu iaitu Storm II.

Coway menyatakan,  Storm II berupaya menyingkirkan sehingga 99.999% habuk ultra halus dan 99.9% virus bawaan udara, pelbagai bakteria dan kulat hitam.

Dengan mod pintar, Coway STORM II tawar penjimatan tenaga sebanyak 35 peratus berbanding model generasi pertama.

Coway Storm II dilengkapi dengan sistem penapisan 4-langkah iaitu Pra-Penapis, Penapis Habuk Halus, Penapis Penyahbauan dan Penapis HEPA Tembaga (H13).

Ciri-ciri ini dapat menghapuskan bau haiwan peliharaan, bau badan manusia dan habuk dalaman seperti zarah jerebu secara efektif bagi meningkatkan kualiti udara bersih dan sihat untuk semua.

STORM II kini menawarkan peredaran udara 2.5 kali lebih kuat melalui saiz kipas yang diperbesarkan bagi meningkatkan kelajuan angin dan aliran udara.

Mesin penulen udara Coway STORM II boleh dimiliki melalui pelan pembayaran mudah serendah RM98 sebulan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi www.coway.com.my. 

{suggest}

Sumber: Siaran media Coway

(Untuk dapatkan pelbagai lagi barangan Coway dengan lebih mudah seperti Coway terpakai dan alat gantinya, anda boleh juga dapatkanyya di Shopee dan lazada.)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress