Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bantuan khas kewangan aidilfitri

Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan Akan Terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Pada 25 April

Posted on April 5, 2022

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah, dan RM250 untuk pesara kerajaan.

Bantuan ini termasuk kakitangan kerajaan di bawah skim Contract of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

[ KENYATAAN MEDIA YAB PERDANA MENTERI ]

BANTUAN KHAS KEWANGAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2022.#KeluargaMalaysia#JabatanPenerangan pic.twitter.com/6g1WeMeQAh

— Jabatan Penerangan Malaysia 🇲🇾 (@JPenerangan) April 5, 2022

Pembayaran yang melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu 25 April 2022.

Ismail Sabri berkata Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara di seluruh negara.

Menurutnya lagi, diharap bantuan ini sebagai tanda penghargaan jasa dan pengorbanan dalam berkhidmat serta diharap dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara.

Sumber: Kenyataan Media Perdana Menteri

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress