Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan, jenayah penipuan melibatkan platfom laman sesawang, media sosial dan panggilan telefon ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan adalah semakin membimbangkan.

PDRM memaklumkan, dalam tempoh enam bulan ini, jumlah kes jenayah penipuan yang direkodkan adalah sebanyak 10,032 kes.

Jumlah itu adalah dari awal Januari hingga 20 Jun lalu iaitu mencecah 58.6 peratus berbanding jumlah keseluruhan pada tahun lalu.

Jumlah kerugian akibat jenayah itu bagi tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2017 sehingga 20 Jun lalu adalah sebanyak RM2.23 bilion.

Sehubungan itu, pihak PDRM menggesa orang ramai yang menjadi mangsa penipuan untuk segera tampil membuat laporan polis atau boleh juga menerusi talian CCID Scam Response Center Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di talian 03-26101559 untuk sebarang pertanyaan berkaitan jenayah komersil.

Sumber: PDRM

Baca juga: PDRM Telah Membuka Sebanyak 1,897 Kertas Siasatan Melibatkan Media Sosial