HUAWEI telah pun secara rasminya melancarkan 2 produk terbaru mereka iaitu HUAWEI MatePad 11 dan HUAWEI MateBook D15 untuk pasaran tempatan.

Kedua-dua peranti mudah Alih HUAWEI ini saling melengkapi dengan adanya sistem operasi HarmonyOS 2 yang dimuatkan dalam HUAWEI MatePad 11  yang berfungsi lancar bersama sistem operasi Windows 10 pada HUAWEI MateBook D15.

Jadi, dengan gabungan 2 peranti ini pastinya menjadikan aktiviti kerja harian anda lebih lancar, pantas dan menyeronokkan.

HUAWEI MatePad 11

HUAWEI terus menghasilkan tablet berkualiti dan berkuasa dengan kemunculan HUAWEI MatePad 11 yang dikuasakan oleh sistem HarmonyOS 2.

Kelancaran HarmonyOS 2 digabungkan dengan perkakasan berkuasanya iaitu cip pemprosesan Qualcomm® Snapdragon 865.

Kualiti paparan juga kini dipertingkatkan menerusi skrin yang menyokong kadar segar 120Hz sekaligus memberikan imej lebih jelas, terang dan responsif apabila disentuh.

Skrin HUAWEI MatePad 11 bersaiz 10.95 inci dengan HUAWEI M-Pencil Gen-2. Menjadikannya lebih lengkap dan sempurna, HUAWEI MatePad 11 menyokong stylus HUAWEI M-Pencil generasi ke-2 yang menjadikan ia lebih lancar dan bergaya apabila menggunakannya.

HUAWEI MateBook D15

Komputer riba terbaru HUAWEI MateBook D15 dijana oleh cip pemprosesan generasi ke-10 dan ke-11 Intel Core i5 yang dilengkapi dengan kuasa grafik Intel® Iris® Xe Graphics.

Komputer riba ini juga tahan lasak dengan rekaan kerangka aluminium yang kukuh sekaligus membolehkan ia direka nipis dan menjadikan ia ringan.

HUAWEI MateBook D15 dilengkapi dengan skrin IPS FHD FHD (1920×1080) bersaiz 15.6 inci.

Hanya senipis 16.9mm dan seberat 1.56KG sahaja menjadikan HUAWEI MateBook D15 mudah dibawa ke mana-mana untuk apa jua aktiviti anda.

Kerja menjadi lancar dengan gabungan HUAWEI MatePad 11 dan MateBook D15

Memanfaatkan penggunaan HUAWEI MatePad 11 Dan HUAWEI MateBook D15 akan memberikan kelebihan kepada anda kerana ia disokong oleh pelbagai ciri-ciri menarik yang memberikan anda kawalan dan kuasa sepenuhnya.

Sekaligus menjadikan aktiviti harian anda lebih produktif, bekerja dengan lebih pintar dan bergaya.

Antara ciri-ciri utama yang disokong oleh kedua-dua peranti ini yang membolehkan ia beroperasi di dalam satu ekosistem termasuklah ciri Mirror mode, Extend Mode dan Collaborate Mode.

Gabungan ketiga-tiga ciri ini sekaligus membolehkan anda berkongsikan paparan yang sama antara 2 peranti, atau meluaskan lagi paparan skrin menjadikan ruang kerja anda lebih luas serta berkongsi fail antara peranti yang semua ini dilakukan secara tanpa sebarang sambungan wayar diperlukan.

Jadi, tidak kira apa jua kerja yang anda lakukan sama ada di HUAWEI MatePad 11 atau HUAWEI MateBook D15, kesemua tugasan dilakukan dengan serentak, selari dan lancar.

Gabungan HarmonyOS 2 dan Windows 10 menjadikan anda bekerja dalam satu ekosistem yang cukup sempurna tanpa perlukan sebarang aplikasi pihak ketiga lain bagi menyatukan HUAWEI MatePad 11 dan HUAWEI MateBook D15.

Cukup sempurna

Apa yang boleh disimpulkan adalah HUAWEI MatePad 11 dan HUAWEI MateBook D15 adalah cukup sempurna untuk anda menggunakannya dalam kerja-kerja harian anda.

Tidak kiralah anda pelajar, pekerja pejabat, bekerja dari rumah mahupun profesional, HUAWEI MatePad 11 dan HUAWEI MateBook D15 saling melengkapi melancarkan aktiviti anda dengan kuasanya yang berprestasi serta dengan ciri-cirinya yang menarik.

HUAWEI MateBook D15 turut dilengkapi dengan sambungan yang mencukupi untuk kegunaan harian termasuk 1x USB-C, 1x HDMI, 2x USB 2.0, 1x USB 3.2 Gen 1 serta bicu audio 3.5mm.

HUAWEI MatePad 11 dan HUAWEI MateBook D15 kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM1999 (HUAWEI MatePad 11 storan 128GB), RM2399 (HUAWEI MatePad 11 storan 256GB).

Manakala HUAWEI MateBook D15 pula, berharga RM2,999 (bagi model dengan cip Intel Core i5 Gen-10) dan RM3,699.00 (bagi model dengan cip Intel Core i5 Gen-11).

Bukan itu sahaja, setiap pembelian HUAWEI MatePad 11 akan diberi hadiah seperti   1 bulan 50GB storan awan HUAWEI , 1 bulan HUAWEI Video VIP, 3 bulan percubaan HUAWEI Music Premium dan HUAWEI Books R-Voucher bernilai USD1.00.

Bagi HUAWEI MateBook D15 pula, hadiah percuma bernilai RM667 termasuk beg galas, tetikus bluetooth* dan langganan setahun Microsoft 365.

*Tertakluk kepada terma dan syarat dan sementara stok masih ada.  

HUAWEI MatePad 11 dipadankan dengan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan M-Pencil Gen-2.

Selain itu, anda juga boleh membeli model komputer riba HUAWEI MateBook D14 dan MateBook 14 berharga RM 2699 dan RM3,999.

Hadiah percuma juga turut ditawarkan yang bernilai sehingga RM398 (bagi model MateBook D14) dan RM667 (bagi model MateBook 14) sementara stok masih ada dan tertakluk kepada terma dan syarat. 

Kesemua barisan produk terbaru HUAWEI ini sudah boleh didapati melalui laman stor HUAWEI Online Store, Shopee dan Lazada.

**Artikel Ini Dibawakan Oleh HUAWEI

Beli HUAWEI MatePad 11 di:-
Shopee - https://invol.co/cl5esyi
Lazada - https://invol.co/cl5eszl

Beli HUAWEI HUAWEI MateBook D15 di:-
Shopee - https://invol.co/cl5et0p
Lazada - https://invol.co/cl5et08

Beli HUAWEI HUAWEI MateBook D14 di:-
Shopee - https://invol.co/cl5et1n
Lazada - https://invol.co/cl5et1v

Beli HUAWEI HUAWEI MateBook 14 di:-
Shopee - https://invol.co/cl5et2r
Lazada - https://invol.co/cl5et2h