Situasi pandemik COVID-19 yang masih berlarutan hingga kini membuatkan peniaga dalam talian bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Terlalu banyak produk yang dijual tidak kira di platform Facebook, Twitter, Instagram, TikTok dan sebagainya.

Seperti yang diketahui, pasti anda biasa berhadapan dengan peniaga yang menyuruh “PM Tepi”. Sebenarnya, peniaga boleh untuk “PM Tepi” dengan syarat memenuhi kriteria seperti memaparkan:

  • Nama penjual/syarikat
  • Nombor pendaftaran perniagaan
  • Keterangan produk
  • Harga perlu dibayar
  • Maklumat untuk dihubungi
  • Kaedah pembayaran
  • Anggaran masa penghantaran
  • Terma dan syarat

Namun, sehingga kini masih ada lagi segelintir peniaga yang degil dengan tidak memaparkannya terutama harga jualan. Apabila pelanggan bertanya, mereka akan menjawab “PM Boss”.

Oleh itu, sebagai pembeli ‘online’ yang tegar, ini yang patut anda lakukan terhadap peniaga yang berdegil ini.

Terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan, iaitu:

  1. Membuat aduan di pautan – https://e-aduan.kpdnhep.gov.my/kepenggunaan
  2. Menghubungi talian – 1800886800
  3. E-mel ke [email protected]
  4. Menggunakan aplikasi telefon pintar – Ez ADU KPDNHEP
  5. WhatsApp ke – 019-2794317

Kepada anda yang sedang menjalankan perniagaan dalam talian, pastikan anda mematuhi peraturan tersebut. Jika tidak, anda boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara dua tahun bagi individu serta denda maksimum RM100,000 bagi syarikat.