Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Penghormatan Terakhir, ‘Kubur’ Internet Explorer Didirikan Di Korea Selatan

Posted on Jun 17, 2022

Tidak sampai seminggu pelayar Internet Explorer meninggalkan dunia, sebuah batu nisan telah didirikan di Korea Selatan yang ditujukan khas buat pelayar legenda itu.

Microsoft telah mengumumkan secara rasmi untuk menamatkan perkhidmatan pelayar itu pada 15 Jun lepas setelah 27 tahun menjadi “gerbang” yang terawal kepada Internet untuk pengguna.

Walaupun ramai sebelum ini merendahkan dan memperlekehkan pelayar IE dek kerana prestasinya perlahan tetapi ramai juga yang merasa hiba kerana IE merupakan memori nostalgia buat pengguna.

Terutamanya masih ramai pengguna di Korea Selatan yang bergantung dan menjadikan Internet Explorer sebagai pelayar utama mereka bagi urusan perbankan serta beli-belah dalam talian sehingga sekitar tahun 2014.

Oleh itu, seorang jurutera Korea Selatan telah memilih untuk memacakkan monumen peringatan atau batu nisan untuk pelayar ini. Binaan tersebut didirikan di Bandar Gyueongju dan bersebelahan dengan gereja kecil di sana.

Internet Explorer Grave Stone Erected In South Korea Where Browser Was Once Mandatory

Di samping itu, terdapat satu ayat di monumen itu yang berbunyi seperti:

“He was a good tool to download other browsers.”

Internet Explorer semasa hayatnya memang terkenal sebagai platform untuk memuat turun pelayar lain seperti Chrome dan Firefox. Hal ini demikian, IE tidaklah terkenal sebagai sebuah pelayar yang cekap ataupun pantas.

Sumber: clien

Baca juga:

  • Selepas 27 Tahun Berbakti, Internet Explorer Ditamatkan Perkhidmatannya
  • Ini Fakta Menarik Tentang Pelayar Internet Explorer
  • “Pelayar Kami Adalah Yang Paling Selamat Berbanding Pelayar Lain” – Mozilla

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress