Firma penganalisis teknologi global, Canalys menyatakan penghantaran PC global tahun-ke-tahun telah menurun sebanyak 16% pada 2022.
Tahun 2021 adalah yang paling memberangsangkan untuk pasaran PC dek kerana pandemik Covid-19. Notebook adalah segmen PC yang paling terjejas dengan penurunan sebanyak 19% pada 2022.
Sementara itu, Dekstop hanya mencatatkan penurunan 7% sahaja bagi tahun 2022. Antara faktor utama yang menyumbang kepada penurunan ini adalah kenaikan inflasi, kos tenaga dan kadar bunga.
Oleh sebab itu, permintaan produk dan barang-barang PC pada tahun lepas tidak tinggi dan memberangsangkan.
Selain itu, kesemua jenama produk PC mencatatkan penurunan tahun-ke-tahun bagi 2022. Dell mengalami penurunan paling teruk sebanyak 37.2% dan Apple adalah yang paling kurang terkesan dengan kadar 7.5% sahaja.
Canalys menjangkakan pasaran PC akan beransur pulih pada pertengahan kedua tahun 2023 ini.
{suggest}
Hal ini demikian kerana pengguna yang membeli peranti PC pada tahun 2020 dan 2021 akan menukar peranti mereka kepada yang baharu.
Sumber: Canalys