Populariti penggunaan alat penyembur nyah kuman seperti ‘Spray Gun’ kini semakin popular dikalangan pengguna.

Malah penjualan ‘Spray Gun’ di platfom-platfom e-dagang juga semakin laris jualannya.

Namun begitu, jika menyalahgunakan alat penyembur nyah kuman itu, ia boleh mengundang bahaya.

Itu apa yang dinyatakan oleh seorang doktor bernama Dr. Izzar Anwari yang dilaporkan oleh Mingguan Wanita baru-baru ini.

Beliau menyatakan, penggunaan alat-alat penyembur nyah kuman seperti ‘Spray Gun’ ini tidak dihalang untuk digunakan. Cuma ia perlulah digunakan dengan sangat berhati-hati.

Beliau menegaskan, penggunaan alat seperti itu perlulah digunakan oleh individu terlatih.

Bahan kimia disinfeksi yang digunakan pula mestilah yang telah disahkan  selamat. Penggunaan juga perlulah sangat berhati-hati terutamanya apabila berdekatan dengan tempat penyediaan makanan atau tempat kanak-kanak bermain.

Ini kerana risiko kepada pendedahan bahan kimia disinfeksi boleh memudaratkan anggota badan termasuklah kulit, mata dan pernafasan.

Kesan lebih buruk jika ia digunakan pada tempat penyediaan makanan atau tempat kanak-kanak bermain.

Pengendalian alat itu perlulah dikendalikan oleh individu yang terlatih kerana setiap alat tersebut mempunyai cara berbeza dan selamat untuk digunakan.

Beliau menyimpulkan, orang ramai disyorkan supaya mengguna cara disinfeksi normal sahaja kerana ia sudah memadai seperti lap dengan cecair nyah kuman atau botol penyembur nyah kuman biasa sahaja kerana itu lebih selamat digunakan.

Sumber: Mingguan Wanita