Penamatan rasmi terhadap aplikasi Adobe Flash Player hanya tinggal beberapa sahaja. Jadi, Adobe telah mula memaparkan tetingkap amaran kepada pengguna Windows 10 bagi mengingatkan mereka.

Bagi pengguna yang masih bergantung kepada Flash Player, Adobe telah mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan sokongan ke atas aplikasi tersebut bermula 31 Disember 2020 ini.

Tetapi Adobe hanya akan menyekat kandungan yang berasaskan Flash dari dimainkan di dalam aplikasi tersebut pada 12 Januari 2021 nanti.

Selepas penamatan sokongan Adobe Flash, aplikasi tersebut tidak lagi akan menerima sebarang kemas kini yang menjadikan komputer pengguna lebih terbuka kepada serangan penggodaman.

Oleh itu sekiranya anda masih ada memasang Adobe Flash Player di dalam komputer anda tetapi jarang atau langsung tidak menggunakannya, anda disyorkan supaya segera membuang apliaksi tersebut dari komputer anda.