WhatsApp sebelum ini dikhabarkan bakal memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna melakukan tetapan wallpaper khusus bagi setiap ruang sembang dalam aplikasi tersebut.

Kini, WhatsApp melalui kemas kini terbaru telah membolehkan pengguna menetapkan wallpaper yang berbeza bagi setiap ruang sembang individu mahupun berkumpulan.

Terdapat pelbagai gambar yang tersedia dan boleh digunakan sebagai wallpaper. Selain itu, pengguna WhatsApp juga mempunyai pilihan baru untuk menetapkan gambar yang berbeza sebagai wallpaper untuk mod cerah dan gelap. Kedua-dua mod ini juga boleh diselaraskan mengikut kesesuaian masing-masing.

Pengguna juga boleh membuang tetapan wallpaper khusus ini pada bila-bila masa serta mengembalikannya kepada wallpaper utama.

Ciri baharu ini telah mula dilepaskan kepada semua pengguna secara berperingkat.

Sumber: The Verge