Semakin ramai pengguna di dunia yang menggunakan pembelian dalam talian, tidak kira dari platform e-Dagang mahupun media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Instagram.
Kini, pengguna media sosial iaitu Twitter turut bakal menerima fungsi seperti mana yang terdapat pada aplikasi lain.
Twitter is experimenting with new shopping features 🛍
A NEW Twitter Card being tested for tweets containing links to product pages on a shop's website
New-style Twitter Shopping Card shows
– Product name
– Shop name
– Product price
– 'Shop' button<-Old | New->
ht @YasserM86 pic.twitter.com/8q5xLbbH2m
— Matt Navarra (@MattNavarra) March 2, 2021
Menurut Twitter, mereka baru sahaja menguji fungsi ini dengan menampilkan susun atur ciapan baru yang dipanggil Twitter Shopping Card.
Antara yang terdapat pada kad ini adalah:
- Nama produk
- Nama kedai
- Harga Produk
- Butang “Shop”
Tambahan lagi, Twitter berkata dengan ciri ini juga dapat membantu untuk pengiklanan selain mempromosikan sesuatu produk atau jenama.
Dalam pada itu, tahun ini juga sebuah ciri yang dinamakan Super Follows akan hadir dimana akaun pengguna boleh meletakkan caj kepada pengikut bagi mendapatkan akses tambahan.
Sumber: MattNavarra