Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengguna Tiktok Kini Boleh ‘Tag’ Filem Yang Ditayangkan

Posted on Januari 6, 2023Januari 6, 2023

Pengguna TikTok tidak perlu lagi bersusah-payah mencari tajuk untuk sebuah filem yang ditayangkan dalam video selepas ini.

Ini kerana pengguna kini boleh selitkan pautan untuk melihat tajuk dan maklumat mengenai filem atau pun rancangan televisyen tersebut.

TikTok telah bekerjasama dengan IMDb, sebuah laman sesawang yang memaparkan kesemua maklumat termasuk barisan pelakon, genre, pengarah serta tarikh pelancaran.

Pengguna juga boleh menambah sebarang filem atau rancangan TV di tab kegemaran pada profil juga.

Cara yang perlu dilakukan adalah pergi ke “Add link” dan pilih movie and TV sebelum memuat naik mana-mana video. Di situ, pengguna boleh mencari hampir 12 juta filem atau rancangan yang ingin diselitkan.

{suggest}

Ciri baharu ini dapat membantu hampir jutaan pengguna TikTok yang sering bergelut untuk mencari tajuk filem di dalam ruangan komen (saya tahu kita semua lakukan perkara yang sama juga).

Namun, ia hanya tersedia untuk pengguna US dan UK terlebih dahulu. Ciri ini mungkin tidak tersedia secara global lagi oleh kerana ketersediaannya yang masih awal.

Sumber: Engadget 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress