Jika sebelum ini Shazam menawarkan sehingga 5 bulan Apple Music secara percuma, Apple kini menguatkan lagi strategi pemasaran mereka dengan menawarkan 4 bulan percuma Apple Music buat pengguna TikTok.

Berdasarkan laporan dari Apple Post, Apple sedang menjalankan kempen baharu untuk Apple Music percuma selama 4 bulan di platform TikTok.

Tawaran ini perlu dilakukan dengan menggunakan Apple ID yang sah serta cara pembayaran pada akaun Apple ID kerana bayaran akan dikenakan secara automatik selepas tempoh percubaan tamat.

Sumber: The Apple Post

Menurutnya lagi, TikTok turut memaparkan iklan daripada Apple ini menerusi notifikasi dalam aplikasi.

Kempen ini berjalan sehingga Januari 2021. Namun, masih belum jelas bagaimana untuk melihat iklan Apple ini di TikTok dan adakah ia hanya ditawarkan di beberapa negara sahaja.

Selain itu, terdapat pengguna mengatakan bahawa anda boleh memiliki tawaran ini sekiranya anda masih belum menebus percubaan Apple Music sebelum ini.

Sumber: Apple Post, 9to5Mac