Bukan satu perkara baharu, fungsi menambah memori sedia ada atau RAM maya pada telefon pintar sudah dimulakan sejak akhir-akhir ini. Kalau vivo, Xiaomi dan ZTE dah menawarkan kepada pengguna, realme juga mempunyai teknologi itu.

Kini, realme memperluaskan lagi fungsi Dynamic RAM Expansion (DRE) buat pengguna siri realme 8 pula. Setelah kemas kini dilepaskan kelak, pengguna boleh mengaktifkannya menerusi menu RAM di bahagian tetapan.

Bagaimanapun, buat masa sekarang ia terhad untuk beberapa pengguna sahaja dan akan dilepaskan kepada semua secara berperingkat. Sementara peranti realme 8 Pro bakal menyusul kemudian.

Oleh yang demikian, bagi anda sebagai pengguna realme 8, mungkin akan menerima kemas kini baharu itu dalam masa terdekat.

Sumber: realme

Baca juga: