OPPO akan mengumumkan ColorOS 12 pada 16 September ini dimana penggunanya bakal mencuba versi beta sistem operasi tersebut sejurus ia diumumkan.

Kini, Samsung juga telah mengeluarkan One UI 4.0 Beta buat pengguna siri Galaxy S21 tetapi terhad untuk mereka yang berada di Amerika Syarikat sahaja terlebih dahulu. Mungkin beberapa negara lain bakal menyusul kemudian.

Seperti Android 12, One UI 4.0 turut menerima naik taraf terbesar untuk barisan peranti Samsung. Ia menawarkan beberapa pembaharuan serta prestasi lebih cemerlang.

gambar dari sammobile

Antaranya adalah animasi lebih baik, antara muka kamera baharu, lebih privasi, tetapan kecemasan (emergency) untuk mudah diakses, multitugasan, AR emoji, elemen-elemen Material You dan banyak lagi.

Menurut XDA, Android 12 mungkin akan dilancarkan pada 4 Oktober ini. Bermakna, versi stabil seperti One UI 4.0, ColorOS 12 juga dijangka akan ditawarkan pada bulan yang sama.

Sumber: samsungsammobile

Baca juga: