Mulai hari ini, sesetengah pelanggan prabayar dan pascabayar U Mobile boleh menikmati rangkaian 5G jika mereka berada di kawasan yang mempunyai liputan dan guna peranti yang menyokongnya.
Untuk prabayar, U Mobile tidak mudah-mudah memberi anda mencuba 5G seperti pelan pascabayar.
Untuk makluman, hanya 2 pelan menyokongnya iaitu Prepaid U35 dan U25.
Cara tebus 5G:
- Buka aplikasi MyUMobile.
- Tebus Speed Booster.
Hal ini kerana 5G percuma hanya diberi melalui dan sewaktu Speed Booster diaktifkan. Speed Boost ini pula perlu ditebus secara harian, tidak diberi automatik.
{suggest}
Penebusannya membenarkan pelanggan melayari internet (4G dan 5G) tanpa had kelajuan (speed cap) selama 1 jam setiap hari. Namun, penggunaannya tetap akan ditolak daripada kuota FUP.
Berdasarkan pengumuman ini, pengguna prabayar lain seperti Giler Unlimited tidak dapat menikmati perkhidmatan 5G.
Sumber: U Mobile