Baru-baru ini POCO melaporkan sebahagian kecil pengguna telefon pintar POCO X2 di India menghadapi masalah kamera tidak berfungsi.
Baca juga – POCO M3 Pro 5G Rasmi, Telefon 5G Termurah Di Malaysia
Dear POCO users, A few of you have approached us with a 'camera not working' issue on the POCO X2. We have detailed out the steps that need to be followed to fix it. Please go through the letter to know more. pic.twitter.com/Najbl8Pq1n
— POCO India Support (@POCOSupport) June 15, 2021
Oleh itu, POCO telah mengeluarkan garis panduan terperinci untuk menyelesaikan atau membaiki masalah tersebut.
Jika anda tergolong dalam sebahagian kecil yang menghadapi masalah ini, ikuti langkah-langkah berikut:
Pertama sekali pergi ke Settings dan tekan Apps.
Seterusnya pilih Manage apps.
Tekan Camera di pilihan.
Kemudian tekan Storage.
Lihat di bahagian bawah dan tekan Clear Data
Seterusnya pilih Clear all data.
Akhir sekali tekan OK untuk membuang semua data, kemudian but semula peranti anda.
Jika masalah ini masih berpanjangan, POCO menasihati pengguna untuk melawati pusat servis atau melaporkan di aplikasi Services & Feedback.
Baca juga – Peranti Gaming Redmi, POCO F3 GT Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi
Sumber POCO India Support
Foto utama: Republic World