MIUI 13 sebelum ini dikhabarkan bakal membawa pembaharuan pada antara mukanya dan beberapa fungsi baharu seperti RAM maya (virtual RAM). Bahkan, ura-ura menyatakan Mi Mix 4 akan jadi pertama menggunakannya.

Namun, laporan terbaru dari blogger terkenal Digital Chat Station mengatakan MIUI 13 tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat. Dakwaan ini lebih kuat apabila Xiaomi membalas bahawa mereka mahu mengoptimakan lagi sistem operasi tersebut agar ia benar-benar cemerlang sebelum dilepaskan kepada pengguna.

Bagaimanapun, pelancaran bagi peranti yang ditunggu-tunggu Xiaomi Mi Mix 4 dan tablet Mi Pad 5 tidak akan ditunda. Dijangka peranti tersebut diumumkan pada bulan ini. Cumanya Mi Mix 4 akan menjalankan MIUI 12.5, sementara Mi Pad 5 akan ada sistem MIUI baharu.

Sumber: mydrivers

Baca juga artikel berkaitan: