Jika anda ada mengguna model telefon pintar bajet yang menggunakan sistem KaiOS, anda kini boleh membuat panggilan telefon menerusi ciri panggilan audio aplikasi WhatsApp.

Ia ditawarkan pada versi WhatsApp 2.2110.41 di peranti KaiOS yang dilengkapi dengan RAM 512MB.

Baca juga: Lebih Banyak Telefon Pintar Yang Menggunakan KaiOS Kini Menyokong Aplikasi WhatsApp

Jadi kepada pengguna peranti sistem KaiOS bolehlah segera mengemas kini aplikasi WhatsApp di peranti mereka.

KaiOS mungkin tidak sepopular sistem Android dan iOS. Tetapi bagi pengguna yang mahukan telefon pintar bajet dan ringkas, model-model telefon seperti Nokia 6300 4G dan Nokia 8000 4G menjadi pilihan mereka.

Sama sepertimana Android yang memiliki PlayStore dan iOS App Store, KaiOS juga memiliki stor aplikasi nya sendiri iaitu KaiStore.

Model terbaru telefon pintar yang menggunakan KaiOS menyokong sehingga lebih daripada 700 aplikasi yang boleh dipasang dalam peranti tersebut seperti Google Assistant, WhatsApp, YouTube, Google Maps dan Facebook.

Sumber: KaiOS

Baca juga: Nokia Kembali Dengan Rekaan Telefon Boleh Lipat – Nokia 2720 Flip