Xiaomi telah mula melepaskan kemaskini Android 11 versi stabil kepada pengguna Mi A3. Bagaimanapun, syarikat itu kini telah mengeluarkan satu kenyataan di Mi Community.

Menerusi pengumuman tersebut, Xiaomi meminta pengguna Mi A3 supaya mengabaikan dan tidak melakukan kemas kini Android 11 jika ada menerima kemas kini OTA. Ini kerana, beberapa pengguna telah melaporkan peranti Mi A3 yang dikemaskini dengan Android 11 tidak berfungsi dan gagal dihidupkan.

Mi A3 update Android 11

Xiaomi turut meminta pengguna Mi A3 supaya menunggu sehingga isu tersebut dibaik pulih sebelum melakukan kemas kini Android 11.

Dalam pada itu, Xiaomi tidak menyatakan dengan lebih lanjut mengenai tempoh masa yang diperlukan untuk memperbaiki isu berkenaan. Buat masa ini, syarikat itu masih belum mengembalikan kemas kini OTA yang terbaru.

Sumber: Gizmo China